BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 29 July 2011

Kisah Tauladan: Diampunkan Dosa kerana Seekor Anjing

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Ketika seorang lelaki sedang dalam perjalanan,ia berasa dahaga.Lantas ia masuk ke dalam sebuah telaga yang dalam,lalu minum air di dalamnya.Setelah dia keluar didapatinya seekor anjing di tepi telaga sedang menjelirkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah lembap kerana kehausan.Orang itu berkata,'Anjing ini merasakan apa yang baru saja saya rasakan.'

Kemudian ia kembali turun ke dasar telaga semula untuk mengambil air.Dia telah mengisi kasutnya dengan air lalu membawanya naik dengan menggigit kasut itu.Sesampainya di atas ia memberi minum anjing tersebut.Kerana perbuatannya itu Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."

Para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah,adakah jika kami mengasihi binatang,kami juga mendapat pahala?"Baginda bersabda,"Berbuat baik kepada setiap makhluk pasti mendapat pahala."

"PENGAJARAN"

1.Kita dianjurkan untuk sentiasa berbuat baik walaupun kepada haiwan.

2.Walaupun amalan ini menyebabkan pelakunya memasuki syurga,tetapi haruslah mengambil kira aspek keselamatan,kerana pepatah Melayu ada mengatakan:"Seperti melepaskan anjing yang tersepit,"mungkin ia boleh membahayakan.

3.Dibolehkan bermusafir seorang diri tanpa membawa bekal perjalan jika ia tidak khuatir dengan keselamatn dirinya daripada serangan musuh mahupun mati kelaparan.

4.Rahmat Allah sangat luas.Dia membalas dengan kurnia yang sangat banyak walaupun kebaikan yang sedikit.

5.Dibolehkan menggali kolam di tempat-tempat umum untuk kegunaan bersama.

0 comments: